Kata Tanya
Apakah : untuk menantakan benda , binatang ,atau perkara
contoh : Apakah nama tempat ini ?
Siapakah : untuk menanyakan orang
contoh : Siapakah lelaki itu ?
Berapakah : untuk menanyakan bilangan
contoh : Berapakah umur adik awak ?
Bilakah : untuk menanyakan masa
contoh : Bilakah ibu tiba dari pasar.
Mengapakah : untuk menanyakan sebab
contoh : Mengapakah kamu memukul kucing itu ?
Bagaimanakah : untuk menanyakan keadaan atau cara melakukan sesuatu
contoh : Bagaimanakah perbalahan itu boleh belaku ?
Mana : untuk menanyakan tempat
contoh : Di manakah letaknya Gua Niah ?
Latihan :
Bulatkan jawapan yang betul .
1. ( Bilakah , Berapakah ) cuti sekolah akan bermula ?
2. ( Siapakah , Berapa ) biji duriankah yang ada di dalam bakul itu ?
3. ( Mengapakah , Bagaimanakah ) awak berdiam diri sahaja apabila ditanya ?
4. ( Bagaimanakah , Siapakah ) keadaan nenek awak ?
5. ( Apakah , Siapakah ) yang mengait buah rambutan ini ?
6. ( Ke manakah , Bilakah ) awak akan pergi hujung minggu ini ?
terbaik
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete