Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Saturday 8 October 2011

Perkataan Kata Kerja

                                                                           

melompat   
 



                                                                           menyanyi 







                                                                         melukis 




                                                                        membaca  





                                                                            berjalan 
                                                              


                                                                        berenang







                                                                        menanam 







 memotong 







memasak 



 
makan 





 minum  






mencuci








                                                          

Gambar Alat Bantu Mengajar




Kaedah Mengajar Suku Kata

  Selepas murid menguasai abjad A hingga Z dalam bentuk huruf  besar dan huruf kecil, guru perlu mengajar mereka untuk mempelajari kemahiran suku kata.
  Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV. Contohnya ba , ca , du , do, gi dan lain-lain lagi.
  Alat bantu mengajar yang disediakan :
1) Kad imbasan suku kata
2) Lembaran kerja suku kata
3) Kad imbasan suku kata pelbagai
4) Kad imbasan bergambar ( tanpa sebarang abjad )

  Sebelum mula sesi pengajaran pastikan :
1) Murid sudah bersedia untuk belajar.
2) Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
3) Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar :
1) Mulakan dengan konsonan " b "  +  " a ",kemudian teruskan dengan konsonan dan vokal yang lain.
2) Guru tunjuk dan sebut suku kata yang diajar dan murid mengikut guru untuk menyebut suku kata yang diajar.
3) Lakukan latihan yang disebutkan di atas secara berulang-ulang kali.
4) Vokal " e " perlu diajar pada akhir sekali kerana mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu e-taling dan e-pepet.
5) Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya gambar " MATA " dipadankan dengan sebutan suku kata awalnya adalah " MA".

Selepas mengajar :
1) Buat latih tubi berulang kali sehingga murid dapat menguasai kemahiran ini.
2) Uji murid secara rawak.
3) Edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid.
.

Saturday 1 October 2011